Tuesday, September 16, 2008

This is hilarious hahahaha.

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak
doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat
sejahtera! Senang dan penuh bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua masa
dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik- baik. Hari ini cikgu nak uji
kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya,
kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu,
faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan dan selepas ini saya
Akan uji kamu semua simpulan bahasa!!!

Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu: Bukan!
Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Ratan lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar saya!

Cikgu : Kamu bodoh!

Murid : Kami pandai!

Cikgu : Cukup!! Cukup! !

Murid : Tak cukup!!Tak cukup! !

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : Gila lah kamu semua ni!!!!!!!!!!!
Murid : Siuman lo saya tu???????????

Cikgu : Senyap lah !!

Murid : Bising lo??

Cikgu : Jangan bising, bodoh, bodoh, bodoh!!

Murid : Boleh senyap, pandai, pandai, pandai??

Cikgu : Sudah, sekarang saya akan uji simpulan bahasa!!

Murid : Belum, selepas kamu belum uji peribahasa??

Cikgu : Ringan tulang!!

Murid : Berat gnalut??

Cikgu : Salah!!!

Murid : Betul???
Cikgu yang garang itu segara lari dari kelas itu.Murid-murid berasa lega dan
gembira kerana berjaya menjawab pertanyaan cikgu mereka

No comments: